Hati-Hati di Kuala Lumpur
Nak kongsi citer pada korang….
Dua tahun lepas aku nak balik kampung naik bas.. Pada masa tu orang memang ramaila sebab cuti umum. Naik bas loncat terpaksa beratur panjang-panjang. Malas betul nak beratur. Tiba-tiba, adalah sorang ‘KUTU’ ni offer untuk dapatkan satu kerusi dalam bas tu. Oleh kerana malas nak berebut. Aku cakapla ‘ok’. Tapi sebelum tu dia mintak ‘pengeras’ supaya masa berebut naik naik bas berjalan lancar..Pada masa kutu tersebut berebut-rebut aku tengok je gelagat dia..Cuba punya cuba kutu tak berjaya meloloskan diri untuk masuk dalam bas tu..So..dengan muka yang buat-buat kesian dia mintak lagi ‘pengeras’ kerana orang terlalu ramai menyebabkan dia tak dapat masuk konon-kononnyalah..”Emh..tak apalah..biar saya usaha sendiri,” aku berkata.
Moral kat sini..berhati-hati dalam apa jua keadaan. Mereka menggunakan ‘modus operandi yang berbeza untuk mencari mangsa…nak kesian boleh..tapi jangan terlalu kesian..sekian…so..cuba-cubala survive..
_________________________________________________________________________________
Kerana Cendol
Macam biasalah setiap hari Jumaat, kaum Adam diwajibkan keatas diri mereka untuk menunaikan solat Jumaat dimasjid…Jam menunjukkan jam 1.00pm telah masuk waktu solat. Awal masuk waktu solat waktu tu.
Pada hari itu terlintas difikiran semasa menunggang motosikal ke masjid…Detik hatiku..
“Ah..panas betul hari ni ye..sampai nak buka matapun tak boleh,” cakap sorang.
Sementelah begitu, kalau kena ais cendol ni sedap jugak time panas-panas macam ni.. Sampai di masjid ternampak pulak da ada seorang pak cik jual ais cendol kat situ.. Tapi memang pakcik tu tiap-tiap hari Jumaat dia ada jual cendol bergerak kat situ. Da masuk waktu solat nii..takpelah..kanglah beli……
Selepas khutbah Jumaat, solat dan sebagainya apa yang terlintas semasa aku pergi masjid tadi berlegar di benak fikiran.. Yelahkan..memang panas hari tu..Ishk..Tuhan je yang tahu..Pekena plak ais cendol yang da memang popular kat masjid tu. Ala…macam Agnes Pudding “My Boss My Hero” tu.. Berebut orang nak beli..tapi tak la sampai sepak terajang terbang dan sebagainya.. Lawak tau kalau tengok..Opss balik citer tadi..Uhh!!haus-haus…dahaga..Tak boleh jadi mcm ni..
Oleh yang demikian, kaki mula menyentak engkor moto menuju ke tempat Pak Cik jual cendol tu..Baru teringat..Ala..tak bawak duit rupanya…Ya Allah..Bayangkanlah apa yang kita idam-idamkan tak dapat, yang kita inginkan tak kesampaian..hari da la panas, tekak plak dahagakan air, nafsu biasala kalau tak dikawal..macam-macam jadi.
Namun aku pasrah dengan kehendak Yang Maha Esa..
“Takpalah, minggu depan aku bawak duit, aku nak beli sampai 2 cendol yang berharga RM1 untuk 1 tu,” detik hatiku lagi.
Tengok jugak kawan-kawan yang singgah kat situ beli cendol..
“Ah, sedapnya”. nak pinjam duit diorangpun, aku fikir mesti diaorang bawak cukup-cukup punya. Aku pasrah, aku akur menuju pulang ke asrama.
Sesampainya aku di asrama, ingatkan aku yang awal sampai rumah, rupanya da ada 3 orang kawan 1 rumah..Aku pun pe lagi..terus citer pada diaorang dalam sesi luah perasaan yang aku ni kempunan minum cendol yang tip-top kat masjid di hari Jumaat..lagipun lama jugak tak rasa cendol..
Selepas je habis aku citer pada diaorang, boleh ke diaorang ketawa…hahahahiiiihuuu..
“Mai masuk bilik ni” celah kawan aku ni..
“Awatnya?” aku bertanya..
“Maila,” jawabnya..
“Yelah-yelah..jap,”jawab aku..
Yelahkan,orang da panggil, aku pergilah masuk bilik diorang..Tiba-tiba jekan..Aku nampak cendol, nak kata sikit sangat tu takla..Tapi bolehla kalau nak rasa..Emh…Ape lagi..terusla capai secawan plastik yang berisi ais cendol tu..
“Ahhh, sedapnya..korang ni macam tau-tau je..dapat juga aku rasa”.. tak terkata….
Pap!!!! Terlintas difikiran..Alhamdulillah..Pastu aku rasa sungguh terharu berbaur gembira sangat tau..Sebabnya..Aku da rasa memang tak dapat rasa di saat aku memerlukannya akhirnya muncul didepan mata. Yang diinginkan dan diidamkan kesampaian juga…Syukur padaNYA.
Tak lama lepas kejadian tersebut, ada kawan sebelah rumah datang..Aku pun pe lagi.. Citerla pada dia dari mula aku citer perenggan atas tu sampaila Syukur padaNYA.
“La..itu pun nak cerita pada orang” mencelah kawan aku yang tak tau apa-apa pun pasal benda ni. “Bukan apa bro, macam ni, maksudnya atau moral of the story nak citer pada ko…….” Kerana Cendol aku menjawab.
Pertama : Apa yang kita nak tak semestinya dapat. Kedua : Apa yang kita inginkan sangat tu kena bersabar. Ketiga : Teringat kisah-kisah nabi-nabi dulu, 10,20,30 tahun belum tentu doanya dimakbulkan. Keempat : Apapun kena bersyukur atas nikmat yang diberikan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W.
Bukanlah nak cakap dan cerita aku ni untuk dibangga-banggakan. Bukan nak cakap aku ni nak semua dapat, orangnya penyabar. Jauh sekali. Tapi itulah, cuma nak berkongsi apa yang dilalui dalam kehidupan seharian dan ianya benar-benar berlaku dalam hidup aku, bukan senang nak terus dapat tau. Aku yakin pada orang lain ada jugak dengan jalan cerita yang berlainan tapi seakan-akan sama citer aku..
Kalau nak apa yang diiginkan….kenalah “Innama a’malu binniat”. Pastu Doa. Antaranya lagi kenala sabar “As-Sobru Minal Iman”…Pastu tunggulah tak dapat hari ni,esok,lusa mungkin lain tahun..Da dapat kena Bersukur tau…
Sebenarnya, bukanlah aku ni suka sangat pada cendol tu…Tapi disebabkan faktor keadaan dan situasi yang berbeza menyebabkan aku tertarik dengan sesuatu..Alaa.Korang pun samakan…kalau lainpun..terpulang,selera tak samakan.
_______________________________________________________________________________
Tasik Kenyir
Tasik Kenyir lebih dikenali antara tempat pelancongan yang menarik perhatian mereka yang pernah atau ingin berkunjung ke sini. Perjalanan dari Nilai lebih kurang sembilan jam dari Nilai. Sepanjang perjalanan amat mengasyikkan kerana bertolak pada waktu malam, so aper lagi, tidurla jawabnya.
Pada waktu ini, kebetulan pula di rumah ada buat kenduri tahlil arwah, adik-beradik semua pulang ke rumah, memang rasa bersalah untuk membuat keputusan samada balik atau pergi bersama rakan ke Tasik Kenyir.
Sampai di sana kami menaiki bot menuju ke destinasi penginapan. Seronok juga naik bot dik terkena percikan air memecah suasana bermain air bersama rakan. Dengan suasana yang aman, hilang sejenak hiruk-pikuk suasana di kota.
Oleh kerana masa mencemburui kami, hanya seketika dapat meluruskan kaki di chalet tersebut. Lantas bersiap sedia menyusuri setiap pelusuk Tasik Kenyir menikmati keindahan tasik buatan manusia yang di anugerahkan oleh Allah untuk dinikmati bersama.
Dengan menempah dua buah bot, kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Alangkah gembiranya dirasai bersama, tangan tidak berhenti menekan punat kamera untuk dijadikan kenang-kenangan sewaktu bersama.
Luas mata memandang, hilang masalah-masalah lalu. Keindahan flora dan kecantikan fauna membuatkan fikiran menjadi segar. Menuju ke Air Terjun adalah destinasi kami yang seterusnya.
Cuaca yang agak panas pada hari tersebut, membuatkan badan ingin merasai kesejukan dan merasai sendiri apa yang ada di Tasik Kenyir. Maka tidak terlepas peluang untuk mengalaminya sendiri.
Destinasi berikutnya menuju ke Pulau Herba. Setibanya di sini, pelbagai jenis tumbuhan boleh didapati antaranya Tongkat Ali dan Kacip Fatimah. Sempat juga mendengar celoteh orang yang menjaga pulau tersebut. Jika ingin merasai Tongkat Ali dan Kacip Fatimah ada disediakan di bawah pondok kayu di pulau tersebut. Sempat juga aku bedal dua gelas air itu. Bukan apa. Sekadar merasa dan ingin mencuba setelah mendengar pelbagai keistimewaan yang ada padanya.
Kemudiannya, kami menuju ke chalet untuk rehat seketika sebelum tiba program berikutnya. Dengan badan yang lesu kerana tidak begitu selesa tidur di dalam bas, setelah puas bermain air maka riwayatnya terpejamlah mata ini dengan selesanya bantal empuk tilam lembut.
Pada sebelah petangnya aktiviti merentasi halangan sukar telah ditempuhi dengan jayanya. Oleh kerana hujan lebat maka batallah aktiviti kayak di Tasik Kenyir. Mujurlah aku ada sedia joran untuk aktiviti sendirian. Ramai pelancong yang datang ke sini kebanyakannya adalah mereka kaki pancing. Dengan menggunakan umpan roti dibeli semasa di jeti, itu pun sudah ‘expired’ hasil pancingan tidak memuaskan kerana umpan tertanggal semasa membuat lontaran jauh. So, takkanlah ikan bodoh-bodoh nak makan hanya nampak besi sahaja. Dia pun pandai.haha. Seekor pun tak dapat.
Hari sudah senja,matahari mula terbenam, maka bersolatlah kamu sebelum disolatkan. Selepas itu kami makan malam di beranda chalet berhampiran tasik..uh seronoknya. Makan tepi tasik tu….First time datang tau.
Selepas Isyak, barulah aktiviti sebenar iaitu dengar ceramah motivasi oleh rakan-rakan dan luahan pengalaman pahit manis semasa jadi MPP. Maka dengan khusu’, tawadu’, suka dan duka mendengar antara satu sama lain.


