Tasik Kenyir
Tasik Kenyir lebih dikenali antara tempat pelancongan yang menarik perhatian mereka yang pernah atau ingin berkunjung ke sini. Perjalanan dari Nilai lebih kurang sembilan jam dari Nilai. Sepanjang perjalanan amat mengasyikkan kerana bertolak pada waktu malam, so aper lagi, tidurla jawabnya.
Pada waktu ini, kebetulan pula di rumah ada buat kenduri tahlil arwah, adik-beradik semua pulang ke rumah, memang rasa bersalah untuk membuat keputusan samada balik atau pergi bersama rakan ke Tasik Kenyir.
Sampai di sana kami menaiki bot menuju ke destinasi penginapan. Seronok juga naik bot dik terkena percikan air memecah suasana bermain air bersama rakan. Dengan suasana yang aman, hilang sejenak hiruk-pikuk suasana di kota.
Oleh kerana masa mencemburui kami, hanya seketika dapat meluruskan kaki di chalet tersebut. Lantas bersiap sedia menyusuri setiap pelusuk Tasik Kenyir menikmati keindahan tasik buatan manusia yang di anugerahkan oleh Allah untuk dinikmati bersama.
Dengan menempah dua buah bot, kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Alangkah gembiranya dirasai bersama, tangan tidak berhenti menekan punat kamera untuk dijadikan kenang-kenangan sewaktu bersama.
Luas mata memandang, hilang masalah-masalah lalu. Keindahan flora dan kecantikan fauna membuatkan fikiran menjadi segar. Menuju ke Air Terjun adalah destinasi kami yang seterusnya.
Cuaca yang agak panas pada hari tersebut, membuatkan badan ingin merasai kesejukan dan merasai sendiri apa yang ada di Tasik Kenyir. Maka tidak terlepas peluang untuk mengalaminya sendiri.
Destinasi berikutnya menuju ke Pulau Herba. Setibanya di sini, pelbagai jenis tumbuhan boleh didapati antaranya Tongkat Ali dan Kacip Fatimah. Sempat juga mendengar celoteh orang yang menjaga pulau tersebut. Jika ingin merasai Tongkat Ali dan Kacip Fatimah ada disediakan di bawah pondok kayu di pulau tersebut. Sempat juga aku bedal dua gelas air itu. Bukan apa. Sekadar merasa dan ingin mencuba setelah mendengar pelbagai keistimewaan yang ada padanya.
Kemudiannya, kami menuju ke chalet untuk rehat seketika sebelum tiba program berikutnya. Dengan badan yang lesu kerana tidak begitu selesa tidur di dalam bas, setelah puas bermain air maka riwayatnya terpejamlah mata ini dengan selesanya bantal empuk tilam lembut.
Pada sebelah petangnya aktiviti merentasi halangan sukar telah ditempuhi dengan jayanya. Oleh kerana hujan lebat maka batallah aktiviti kayak di Tasik Kenyir. Mujurlah aku ada sedia joran untuk aktiviti sendirian. Ramai pelancong yang datang ke sini kebanyakannya adalah mereka kaki pancing. Dengan menggunakan umpan roti dibeli semasa di jeti, itu pun sudah ‘expired’ hasil pancingan tidak memuaskan kerana umpan tertanggal semasa membuat lontaran jauh. So, takkanlah ikan bodoh-bodoh nak makan hanya nampak besi sahaja. Dia pun pandai.haha. Seekor pun tak dapat.
Hari sudah senja,matahari mula terbenam, maka bersolatlah kamu sebelum disolatkan. Selepas itu kami makan malam di beranda chalet berhampiran tasik..uh seronoknya. Makan tepi tasik tu….First time datang tau.
Selepas Isyak, barulah aktiviti sebenar iaitu dengar ceramah motivasi oleh rakan-rakan dan luahan pengalaman pahit manis semasa jadi MPP. Maka dengan khusu’, tawadu’, suka dan duka mendengar antara satu sama lain.



teringat kenangan lalu. macam nak nangis lak. kawan2 rindu kat korang sume. bila kita akan bertemu lagi yer??????
Apoe? wahida rindu kt aku.ish2 terharu rasanya
hehehe
Terima kasih kerana menghubungi saya.
Harap maaf, anda tersalah orang…sila terharu pada yang berkenaan..sekian.
sampai hati yer ckp cm2. xpe ada ubi ada batas siap jela