Oleh Lukman Nulhakim Ishak / 9 Mac 2008
Nilai – Lampu isyarat berhampiran pasaraya Giant dipersalahkan kerana motosikal yang ditunggangi seorang pelajar Kolej Lagenda berlanggar dengan sebuah Perodua Kancil mengakibatkan kematian malam semalam.
“Lampu isyarat ini tidak berfungsi dengan baik menyebabkan mereka bertembung,” kata jurucakap polis merupakan saksi kejadian.
Kejadian berlaku jam 8 malam itu berlaku apabila sebuah kereta kancil yang dibawa oleh pelajar USIM datang dari Bandar Baru Nilai menuju ke pasaraya Giant bertembung dengan sebuah motorsikal yang ingin menuju ke Stadium Tertutup USIM.
Berikutan itu, Mohammad Norhafizi Hafizan meninggal dunia di tempat kejadian akibat hentakan kuat pada sisi dan cermin kereta menyebabkan dia cedera parah di kepala.
“Kemalangan itu menyebabkan mangsa cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini, semalam.
Jurucakap polis berkata, pembonceng motosikal, Abdul Shafiq Abdul Rashid, 20, tercampak di bahu jalan dan hanya mengalami kecederaan ringan.
“Pemandu kereta Perodua Kancil hanya cedera ringan,” katanya.
Beliau berkata, mayat dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk dibedah siasat dan diserahkan kepada ahli keluarganya untuk urusan pengkebumian pagi semalam.
Sementara itu, rakannya, Abdul Shafiq, 20, dikejarkan ke Hospital Seremban bersama Noramalina Razali, pelajar USIM.
Sebelum kejadian tersebut Norhafizi ingin pergi makan malam bersama rakannya dan Noramalina ingin pergi ke pasaraya tersebut untuk berjumpa dengan rakannya.
Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati ketika melalui jalan atau simpang yang mempunyai lampu isyarat sekiranya ia didapati dalam keadaan tidak berfungsi.
Keadaan kereta Produa Kancil
- Mangsa di tutup dengan kain putih.
- Keadaan motorsikal Norhafizi selepas kejadian.
Pautan: Harian Metro
- SETEMPAT -
Jatuh dalam longkang asyik ‘SMS’
Oleh : Lukman Nulhakim Ishak
Nilai – Seorang pelajar telah terjatuh ke dalam longkang di warung berhampiran KKSI ketika sedang asyik ‘SMS’ dalam perjalanan pulang ke asrama bersama rakannya.
Berikutan itu, kedua-dua belah tangannya mengalami kecederaan yang agak parah akibat terkena geseran simen di dalam longkang berkenaan dan berasa sakit dibelakang badannya.“Saya baru selesai makan malam dan ingin pulang ke asrama bersama rakan dengan berjalan kaki.
“Ketika keluar dari warung berkenaan saya sedang membaca ‘SMS’, pada masa yang sama saya tidak sedar bahawa kaki saya telah terpijak sedikit sahaja pada konkrit longkang berkenaan dan kemudian ianya retak,” kata Manjo nama samarannya.
Sementara itu, rakannya cuba menolong mengeluarkan Manjo dari longkang berkenaan yang didapati kakinya dalam keadaan menghala ke atas.
“Sebelum kejadian itu, saya berjalan di belakangnya dan apa yang menimpa Manjo begitu cepat tanpa saya sempat untuk menolongnya,” jelas Macho merupakan teman serumah.
“Saya menasihati kepada mereka yang asyik ber’SMS’ supaya berhati-hati ketika samada ingin membaca dan membalas ‘SMS’ yang dihantar,” jawabnya ketika ditanya pengajaran yang perlu diambil dari apa yang berlaku terhadap dirinya.
- SETEMPAT -
Lapar makan Nasi Lemak Ayam Golek Dara
NILAI – Memulakan pernigaan dengan 15 ekor ayam golek sehari, dua tahun lepas, kini Ayam Golek Dara di warung Kamarul Zaman mencecah 60 ekor ayam sehari.
Bagi Kamarul Zaman atau lebih dikenali sebagai Pak Moi, 45 tahun, tiada resepi yang membezakan rasa Ayam Golek Dara ini dengan yang lain, kecuali dimakan dengan nasi lemak.
“Tiada resepi untuk dikongsi, cuma resepi orang kampung dan keluarga sahaja.
“Kalau dengar nasi lemak dengan ayam goreng orang sudah biasa dengar dan rasa, jadi ingin tukar selera pelanggan untuk rasa sesuatu yang lain,” kata Pak Moi.
Dengan harga yang berpatutan, pelanggan yang datang ke warungnya terdiri daripada penduduk tempatan dan orang luar. Mereka datang pada waktu kemuncak iaitu waktu mereka pulang bekerja dan hari cuti.
“Hari Rabu warung ini tutup, hari lain boleh dikatakan 80% pelanggan yang datang terdiri dari orang Melayu dan selebihnya kaum Cina dan India.
“Mengenai harga seekor Ayam Golek Dara ialah RM14 dan harga untuk sepinggan Nasi Lemak Ayam Golek Dara ialah RM3.50,” jelasnya ketika dikunjungi ayam golek sudah habis kerana ada tempahan.
Apak nama samaran, merupakan antara pelanggan tetap Pak Moi berkata, Ayam Golek Dara Pak Moi sedap dan harganya yang berpatutan.
“Mungkin ada resepi tersendiri dan kalau perut terasa lapar selalu datang makan di sini,” jelas Apak.
Mohd Nur Ikhsan, 26, seorang pelajar berkata, beliau datang ke warung Pak Moi kerana ada rakannya memberitahu bahawa rasa ayam golek ini ada rasanya yang tersendiri dan perlu mencubanya.
“Rasanya ayam golek ini manis dan kuahnya mempunyai perbezaan dengan tempat lain,” kata Ikhsan.
Pak Moi juga menerima banyak tempahan majlis perkahwinan dan kilang yang berada di sekitar Nilai. Beliau juga dalam perancangan untuk membuka warungnya di tempat lain.
Bagi mereka yang ingin membuat tempahan Ayam Golek Dara atau menu sampingan lain seperti Satey dan Char Kuew Teow boleh berhubung dengan Pak Moi di talian 012-3581814 atau berkunjung sendiri ke warungnya yang berada di Jalan Lama Nilai-Labu-Seremban.
- SUKAN -
Manchester United menang besar
Oleh : Lukman Nulhakim Ishak
MANU- Semangat, keazaman, komitmen, kerjasama dan permainan cantik yang ditunjukkan oleh pemain-pemain MANU dalam perlawanan Piala FA menentang musuh tradisi The Gunners telah menang besar 4-0 pagi tadi.
Kemenangan itu menunjukkan bahawa menidakkan angan-angan kosong atau angan mat jenin Wenger dalam misi merebut 3 piala buruan kelab di England mahupun Eropah.
Gol pertama The Red Devils dijaringkan oleh Wayne Rooney menerusi tandukan hasil daripada hantaran(tandukan) Patrick Evra.
Ketiadaan Ronaldo, Giggs mahupun Tevez adalah bukan penghalang untuk MANU sekali lagi menambah gol kedua hasil dari hantaran licik Nani terus ke Darren Fletcher kemudian menanduk masuk.
Strategi Ferguson menguatkan barisan tengah dan sayap seperti Anderson, Carrick Nani dan Park Ji Sung menjarakkan lagi kedudukan gol apabila Nani menendang masuk bola hasil hantaran kemas oleh Carrick.
Bagi peminat-peminat MANU, 3 gol pada separuh masa pertama tidak menjaminkan kedudukan yang selesa untuk menang dalam menentang Arsenal.
Lain pula dengan reaksi peminat The Gunners yang menanti kemunculan penyerang berbisanya Adebayor beraksi.Pertahanan mantap gandingan Rio Ferdinand, Nemanja Vidic, Wes Brown dan Evra menyekat kemaraan skuad Wenger dalam memburu gol penyamaan. Ini kerana percubaan demi percubaan pada masa kedua tidak berhasil kerana ianya melewati palang dan tiang gol tuan rumah.
Derita dan sengsara The Gunners mahupun peminat setia bertambah pedih apabila pemainnya Ebou dilayangkan kad merah pertama kerana mengasari antara pemain terbaik perlawanan Patrick Evra sekaligus memberi peluang yang amat-amat cerah untuk Flecther beraksi cemerlang apabila menambah gol keduanya menjadikan MANU 4 Arsenal 0.
-MINGGU INTEGRITI-
Tidur dalam kampus satu kesalahan
Oleh : Lukman Nulhakim Ishak
NILAI – Kesalahan seperti membuat bising, tidak mengikut etika berpakaian dan tidur di dalam kampus merupakan salah satu kesalahan sepanjang Minggu Integriti Pelajar 2008 (MIP 2008).
“Sempena MIP ini pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM dan Unit Keselamatan diberi tanggungjawab sebagai Penguatkuasa untuk memberi amaran dan menyaman pelajar yang melanggar kesalahan.
“Pihak Keselamatan juga memastikan keselamatan mahasiswa-mahasiswi sama ada di kampus mahupun kolej kediaman dalam keadaan terkawal,” kata Rozaimi Kamarudin, 26 merupakan Penolong Pegawai Keselamatan USIM.
Beliau menyampaikan ceramah keselamatan ini di hadapan seramai 500 mahasisiwi anjuran JAKSA Nilam Court peringkat Kolej Kediaman di sini.
Tambahnya lagi, ramai mahasiswa-mahasiswi membuat laporan mengenai kehilangan barang sama ada di dalam kampus, kolej kediaman ataupun yang tinggal luar.
“Selalunya mereka yang hilang barang ini adalah mahasiswi dan bila disoal siasat merupakan kecuaian mereka sendiri.
“Pihak Keselamatan hanya memberi nasihat dan sebagai langkah pencegahan sering diingatkan dalam program-program seperti ini,” katanya.
Selain itu, antara program yang dianjurkan oleh pihak Keselamatan juga ialah mengadakan sekatan jalan raya bersama pihak Bahagian hal Ehwal Pelajar dan Kor Sukarelawan Polis (SUKSIS).
“Unit Keselamatan mengharapkan agar MIP 2008 ini berjaya untuk membentuk dan mendidik mahasiswa-mahasiswi yang cemerlang,” katanya lagi.
Md. Ishah Rahman, 36,selaku Penolong Pendaftar Kanan HEP berkata, kesalahan seperti ini sepatutnya tidak berlaku kerana menganggu ketenteraman orang lain.
“Sebenarnya kesalahan ini telah dinyatakan di dalam dalam buku Peraturan-Peraturan Pelajar,” katanya yang juga merupakan Urusetia MIP 2008.
Bagi Mohd Hariri, 24, pelajar jurusan Dakwah dan Kepimpinan melihat kesalahan ini sekiranya menganggu secara keterlaluan, pakaiannya tidak mencerminkan sebagai mahasiswa dan ianyanya benar melakukan perlu diberi amaran terlebih dahulu.
“Sebelum mengeluarkan saman, bagi saya perlu kepada budi-bicara dari Penguatkuasa MIP 2008 kerana jika kesalahannya berulang dan tidak ada perubahan, memang patut disaman,” katanya.
-SUKAN ANTARA FAKULTI 2008-
USIM dilantik jawatankuasa Sukan Universiti ASEAN 2008
Oleh LUKMAN
NILAI - Mahasiswa USIM diharap dapat menyertai sukan ini bukan sahaja ke peringkat ASEAN malahan ke peringkat yang lebih tinggi seperti OLIMPIK.
Naib Canselor USIM, Prof Dato Dr Abdul Shukor Bin Hj Husin, berkata mengenai harapan bukan sahaja USIM sebagai jawatankuasa untuk mempromosikan sukan ini ke peringkat ASEAN pada Desember ini. Beliau juga berharap mahasiswa juga akan mewakili negara dalam sukan ini nanti.
Berikutan itu, beliau mengharapkan juga kepada semua atlet-atlet yang terlibat ataupun tidak supaya menjadikan sukan sebagai cara hidup sihat yang berterusan ketika merasmikan Majlis Perasmian Sukan Antara Fakulti (SUFA) 2008 di Stadium Tertutup USIM disini serta turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor HEPA dan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa.
Beliau yang memberi contoh dalam lawatan beliau ke pusat latihan pasukan bola sepak di Manchaster United beberapa bulan yang lepas, menjelaskan bahawa untuk menjadi yang mantap perlu kepada fizikal yang sempurna, mental yang mantap dan kemahiran yang tinggi yang perlu kepada latihan yang berterusan.
Tambahnya lagi untuk menjadi mahasiswa yang sentiasa sihat dan cergas dari pelbagai aspek mereka perlu sistematik dan disiplinkan diri dalam kehidupan seharian seperti cara pemakanan, pembahagian masa dan belajar.
“Sebenarnya minda dan fizikal mempunyai hubungan, kalau fizikal kita tidak sihat hendak belajar bagaimana, kalau demam sedikit fikiran terganggu dan semua ini saling berhubung.
“Ertinya bila fizikal kita baik maka minda kita cerdas dan apabila ianya berfungsi dengan baik hendak belajar mudah dan kita boleh menjadi ahli akademik dan atlet yang berjaya,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai SUFA pada kali ini, katanya, mereka yang komited, berusaha gigih, berlatih, melihat ini satu peluang dan merebut peluang itu dan mempunyai disiplin dan sistematik akan menjadi juara.
Sementara itu, En. Nur Ekmal Bukhari selaku Penyelaras Kejohanan SUFA berkata objektif utama ialah untuk menggalakkan mahasiswa kita untuk mengeratkan persaudaraan dan menunjukkan bakat yang ada serta bersukan sesuai dengan budaya di USIM.
“Melalui bakat mereka ini akan diketengahkan kepada peringkat yang lebih tinggi seperti Sukan Antara Universiti-Universiti Malaysia,” jelasnya.
Atlet FSU, Abdul Rahman telah dua kali menyertai SUFA berkata mengenai perbezaan dari segi kemudahan tempat, pertambahan acara pertandingan dan penyertaan atlet pada kali ini memang ramai berbanding sebelum ini bertanding di kemudahan-kemudahan luar.
“Dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti ini memberi manfaat kepada mahasiswa-mahasiswi untuk terus aktif dalam mewakili universiti ke peringkat yang lebih tinggi serta mengharumkan nama USIM,” katanya.
Design ok, cume macam ada ayat yang terhilang2+tulisan terlari..cube tgk balik
Cte bagus ..mantap Y.B …HEHE
Terima kasih atas komen anda my friend…
koleksi berita ni di siarkan di mana?
Ianya disiarkan dalam surat khabar yang dbri nama USIM TODAY/AL-YAUM untuk tatapan warga kampus.