Dari bulan ke minggu, dari minggu ke hari dan kini sudah seminggu aku menamatkan tempoh latihan industri/amali hampir enam bulan di Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pada hari pertama melangkah ke Bahagian ini, hati dan perasaan merasakan sesuatu sentuhan anjakan paradigma dalam diri untuk memberi atau mencurahkan bekalan yang ada untuk dipraktikkan di sini.
Dalam tempoh menjalani latihan ini banyak pengalaman yang dicipta dan tercipta dengan sendirinya. Penyelia di tempat latihan, Ustaz Abd Jalil Ahmad merupakan seorang banyak mencurahkan pengalaman beliau dalam bidang pengurusan dan pentadbiran.
Kedah, Pulau Pinang, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan merupakan antara beberapa negeri yang pernah dibawa oleh beliau pergi buat pemantauan ke sekolah-sekolah ataupun mesyuarat bersama Pengetua-Pengetua.
Bukan itu sahaja, pelbagai onak dan ranjau dirempuh jua bagi memastikan program yang ingin dilaksanakan mencapai objektifnya. Dan disitulah mulanya pengalaman.
Bermulanya pengalaman, didedahkan dengan pengurusan untuk menjalankan program seperti membuat pakej kursus dan lain2. Nampak macam senang, tapi ini pengalaman ini membuatkan pening dan stress untuk mengira jarak dan memikirkan bermacam kerenah serta banyak peringkat untuk memastikan ianya berjalan lancar.
Dibawa pula mengenal dunia luar yang penuh dengan cabaran mengenali pelbagai ragam manusia. Tidak cukup dengan pendedahan seperti ini, diberi pula peluang untuk aku pergi salah sebuah tempat yang dicadangkan oleh nya untuk pergi interview. Alhamdulillah, hari ini sudah mula bekerja. Tak cukup lagi!!!diberikan peluang seterusnya iaitu minyak BIO FUEL ENHANCER, AL-FARABI, IMPACT LEARNING DAN COMATRA. Ada diantaranya menawarkan aku peluang pekerjaan. Tapi apakan daya.
Banyak lagi ingin diceritakan, sehinggakan pengalaman dan kemahiran yang diberikan oleh beliau selama lima bulan di BPI, KPM menjadikan aku dewasa. TERIMA KASIH…. BROTHER ABD. JALIL AHMAD.

Sibuk kemaskini data guru

Dari kiri Dr Mahmod, Ustz Jalil dan saya