Tahniah diucapkan kepada semua warga terlibat dalam usaha membangunkan laman web interaktif radio USIM yang boleh dilayari secara online (Pelajar Kursus Komunikasi Penyiaran) dan menerbitkan majalah yang diberi nama CETUS (Pelajar Kursus Kewartawanan).
Walaupun tidak berkesempatan untuk menghadiri majlis Tayangan Perdana Filem Pendek Pelajar dan Pelancaran Majalah CETUS, namun hasil kerja yang ditinggalkan oleh kami pelajar Kewartawanan FKP dan FPBU (final year) akan menjadi rujukan kepada mereka yang di bawah untuk mencipta kepada yang lebih baik.
Tentang Akhbar USIM TODAY/AlYAUM dan Majalah CETUS
‘Kita’ dalam mencipta sesuatu yang baru, tidak semestinya akan menjadi sempurna. Bermacam-macam masalah yang dihadapi dan pelbagai kerenah manusia. Begitu juga sebelum, semasa atau selepas mencipta akhbar dan majalah ini.
Dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan keluar buat ‘assignment’, temuramah orang besar, satu hari bersama wartawan, ubahsuai ayat, duduk depan komputer, kena marah satu hal, reka design…Ishk..macam-macamlah.
Alhamdulillah, pelbagai masalah dan kerenah dapat dihadapi bersama menjadi satu pengalaman yang amat berguna kepada kita semua.
Tentang Radio USIM
Ini merupakan satu langkah yang jelas dalam membawa USIM ke arus perdana setanding dengan universiti lain. Dengan tagline Ekspresi Informasi Terkini, radio USIM bukan sahaja boleh didengari oleh warganya dan rakyat Malaysia, bahkan satu dunia….
Semoga usaha ini akan menaikkan lagi nama USIM dan mencipta suatu perubahan dalam industri penyiaran dan kewartawanan tanah air. InsyaAllah..
-
Untuk majlis kali ini tidak pasti samada NC menitiskan airmata terharu atas pencapaian dan kebolehan pelajar USIM.
-
Sila baca post sebelum ini dan Awesome possum!
-
Pelajar komunikasi USIM aktif berkarya di UTUSAN MALAYSIA 28 Januari 2009
Salam Bro,
Jika perlukan bantuan, cadangan, penerangan atau apa sahaja berkait dengan penerbitan dokumentari, saya sudi menghulurkan bantuan.
Bukanlah bantuan besar, sekadar menghulur idea yang ada…. itupun jika sudi.
Selamat belajar!
Kpd Bro Syirfan..
Bg saya teramatlah sudi. Mcm ni, Sis Adzrah yang baju merah tu merupakan antara tenaga pengajar yang banyak mengajar kami erti kehidupan dlm dunia komunikasi ni. Di kesempatan ini, blehlah dipanjangkan blognya kepada bro. Manalah tau, lepas ni bleh wat doku bersama USIM pulak ke..
Loko,
Thanks for the entry on CETUS. Yes, of course… you are part of the “pen-CETUS”. Congratulations.
Sama-sama mdm..Selamat maju jaya dan selamat menimang cahaya mata.
Bro,
Asal ia bawa kebaikan tiadalah wujud halangannya. Memang saya berharap untuk menterjemah “new look and feel” dalam dokumentari ini kepada pelajar-pelajar universiti. Apatah lagi pola new-new journalism mula ranum dalam penerbitan TV.
Sekali lagi, saya sedia….
sekadar singgah sebentar..