“Kalau berniaga ‘macam ini’, ko kena selamba je biar apa orang kata ko pacak je payung kat sini,” kata pelanggan yang sudah punya pengalaman seperti ini.
Hari ini(20 Jan 09) merupakan hari keenam ‘kampungburger’ (nama cadangan) aku bersama-sama rakan akan terus mengorak langkah, mencari pengalaman untuk berniaga secara ‘part time’ secara kecil-kecilan untuk mengisi masa terluang selepas pulang dari kerja.
Berbekalkan modal niaga yang diberikan oleh ‘keluarga’ untuk membeli aset niaga, ini juga merupakan satu tanggungjawab untuk aku maju setapak melebarkan sayap perniagaan.
Hampir dua minggu tempoh yang dirasakan cukup menguji diri. Biarpun masalah yang dihadapi itu kecil tetapi memerlukan ketahanan mental dan fizikal. Tambahan pula komitmen di ‘tempat kerja’ juga amat perlu.
Halangan dan rintangan ditempuh jua dan dijadikan sebagai satu pengalaman untuk lebih maju di masa hadapan.
Terima kasih diucapkan kepada ahli keluarga yang datang untuk memberi sokongan.
BroHariri merupakan pelanggan pertama yang datang. Bla lagi nak dtg wei?
Semalam, ada Majlis Perhimpunan Bulanan BPI. Ada slot ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Abrar mengenai B.O.S. (Blue Ocean Strategy)
Ingat lagi kata-kata dalam slide show yang disampaikan oleh beliau.
(Business is like a war, you will kill or be killed)
*Kesempatan ini juga, dijemput kepada sesiapa je yang lalu di blog ini untuk pergi ke tapak niaga di Nilai Impian.

Burger...burger



Tahniah Saudara.
Moga sukses!!!
Terima kasih bro…jualan mlm td di luar jangkaan.
ALL THE BEST BRO…
SEMOGA BERJAYA
USAHA TANGGA KEJAYAAN
cantik gmbr…. jgn da yg wat koleksi peribadi dahla… sekarang musim yg x dijangka…..
Wahida…sabo2.hehehe
Bangga jd pelanggan pertama. Memang sedap Burger nenas special