“Adakah mungkin ini rancangan ’nya’ sebelum berundur 20 Januari ini”. ? aku bertanya.
Obama mula ‘bersuara’ isu kekejaman Israel di Gaza
“Langkah strategik dan jangka panjang untuk menangani pengaruh Yahudi adalah menerusi pendidikan serta penguasaan sains dan teknologi,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu, antara negara Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Tel Aviv ialah Mesir, Jordan dan Turki.
“Negara-negara terbabit perlu dengan segera memanggil balik duta-duta mereka di Israel dan memutuskan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu,” katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
‘‘Perbuatan AS itu sungguh tidak wajar dan dunia mesti suarakan dengan tegas dan membuat tuntutan yang tegas untuk menyelesaikan isu tersebut.
‘‘Kita berharap AS dan puak-puaknya tidak cuba menghalang suara dunia kerana apa yang berlaku ini tidak dapat diterima dan tidak membawa kesan yang baik kepada dunia yang sedang mengalami kemelesetan ekonomi,” katanya.
Rakyat berkuasa boikot produk AS
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad
”Kalau kita mahu lakukan sesuatu yang baik maka kita kena bayar suatu kos atas tindakan ini.
”Kita tidak boleh boikot segala-galanya kerana Amerika miliki teknologi tertentu tetapi usaha kita masih boleh membawa hasil jika boikot diadakan secara selektif,” katanya.
”Jika kita tidak menggunakan mata wang Amerika, maka negara itu tidak boleh menjalankan perdagangan atau mengaut keuntungan dan terpaksa menghentikan pengeluaran senjata.
”Duit ini digunakan untuk menghasilkan senjata dan mereka yang simpan duit dalam mata wang Amerika adalah menyumbang kepada pengeluaran senjata untuk membunuh mereka yang tidak bersalah,” katanya.
”Malaysia pernah tertipu ketika membeli peralatan perang dari AS apabila jet pejuang yang kita beli itu tidak dilengkapi dengan senjata,” katanya.
Abbas gesa Majlis Keselamatan hentikan keganasan Israel
Presiden Palestin, Mahmud Abbas
“Saya memohon Majlis mengambil langkah perlu bagi menyelamatkan rakyat saya di Gaza. Hentikan pembunuhan beramai-ramai rakyat saya,”
Tindakan Israel keterlaluan
Pendeta Yahudi, media gusar kekejaman Zionis di Gaza
“Cubaan Israel menghapuskan Hamas boleh difahami tetapi tindakan bodoh. Tiada negara di dunia membiarkan roket dilancarkan dari kawasan jiran ke wilayahnya setiap hari. (Jadi) Israel berhak bertindak balas.
“Tetapi, bentuk tindakan balas itu juga penting. Membunuh 500 penduduk Palestin dan mencederakan 2,000 lagi (angka hari ke-9 serangan) adalah keterlaluan.
“Hamas boleh menggugat tetapi ia tidak mampu mengancam Israel. Jika tindakan Hamas mengebom kawasan penduduk adalah jenayah kemanusiaan, begitu juga dengan tindakan Israel membunuh orang awam (sekurang-kurangnya 130 di Gaza, selain beribu-ribu lagi di Tebing Barat dan Gaza dalam tempoh penjajahannya),”.
*Sumber dari Utusan Malaysia Online dan Berita Harian Online.
ape khabar??mcm mana study??
kabar baik..alhmdulillah study ok.skang praktikal..ni arif mana ek?