Alhamdulilah, hari ni merupakan ke-4 kita berpuasa. Masih diberi kepada kita nikmat untuk menghirup udara yang segar. Tapi adakah esok masih ada?
Semalam, semasa pulang ke Nilai dari Bangi melalui PLUS. Setibanya di Plaza Tol Nilai sempat juga mendengar tazkirah ringkas oleh yang disampaikan oleh Duta PLUS(Jurutol) berkenaan.
Jurutol : Asslamualaikum.Apa kabar?
Saya : Baik.
Jurutol: Hari ni merupakan hari ketiga kita berpuasa. Masih diberi peluang untuk merasai nikmat untuk hidup di duniaNYA.
Saya : Ya..Dunia ini pinjaman.
Jurutol : Tapi apakah pengisian kita selepas ini?
Saya : Ermmmm.
Jurutol : Lebih kurang satu lagi nak masuk waktu Asar. Jgn lupa untuk bersolat.
Saya : Baik..Terima kasih ya.
Sebelum ini, selalu juga ‘bercerita’ pendek dengan Jurutol tersebut dan mendengar cerita kawan2 yang lain ttg metodologi atau pendekatan Jurutol tersebut.
Pengajaran dan renungan:
- Walaupun ringkas tapi padat.
- Metod atau pendekatan yang digunakan unik.
- Menggunakan waktu yang terluang dan tempat yang terhad untuk menyampaikan tazkirah.