Pengakuan itu dibuat oleh sumber yang berpengalaman luas dalam dunia perbankan ekoran laporan beberapa mangsa yang kehilangan duit yang disimpan di dalam bank sebaik sahaja menyerahkan nombor akaun kepada pihak lain.
Menurutnya, sindiket terbabit memang wujud dan boleh melakukan transaksi pengeluaran wang dari akaun orang lain.
“Mereka beroperasi di negara jiran dan hanya perlukan nombor akaun seseorang yang biasanya diperoleh atas usaha mereka sendiri tanpa mengira apa sekali pun.
“Melalui nombor akaun, sindiket ini akan menggodam komputer untuk mengeluarkan wang dari akaun mangsa.
“Mereka hanya memerlukan beberapa saat sahaja untuk mengeluarkan wang dari akaun mangsa malah boleh melakukan banyak pengeluaran dalam tempoh sehari,” katanya ketika ditemu bual wartawan Kosmo! baru-baru ini.
Ujarnya, kehilangan wang itu sebenarnya ada kaitan dengan kemudahan perkhidmatan skim perbankan internet yang sering digunakan oleh pemegang akaun bank sekarang ini.
Perkhidmatan yang semakin popular itu sebenarnya boleh mengundang risiko terhadap wang simpanan kerana transaksi keluar masuk wang boleh diketahui pihak lain yang menunggu peluang untuk mencari kesempatan ‘merompak’ nombor akaun tersebut.
Sumber itu memberitahu, mereka yang terlibat dalam sindiket terbabit biasanya pakar dalam bidang komputer dalam mengendalikan banyak perisian komputer termasuk mencuri fakta dan maklumat penting dari pihak bank.
Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.
Oleh ZAINI SAMSU HADI
mohdzaini.samsuhadi@kosmo.com.my
Petikan Kosmo! 21 JUN 2008
Pihak bank perlu mengawasi dan mengatasi masalah ini dengan mengukuhkan lagi SISTEM supaya perbuatan seperti ‘menggodam’ ini dapat diawasi dan diatasi.
Kepada mangsa dan sesiapa yang dapat ‘message’ seperti jangan mudah terpedaya, baca banyak kali supaya kita benar2 memahami isi kandungan dan tujuan sebenar message tersebut.
Sama-sama kita beringat. Perkara seperti ini bukannya baru lagi berlaku.
NmPknya Godam Ni perlu d’ambil Berat oleh Pihak trTntu karena Godam ini akan MmBawa Lgi kesan Buruk trHadap negara. Godam ini amat Merbahaya. Oleh itu Pihak berkenaan slelaLu lah pantau Sistem Trtntu.