Kuantan: Seorang remaja dipercayai telah dipukau oleh seorang pemuda dengan menceritakan pengalaman sedih yang terjadi terhadap dirinya.
Perkara ini terjadi ke atas anak saudaraku yang masih menuntut di Kolej sekitar Kuantan minggu lepas(5 Jun 2008). Lebih kurang jam 2.00 ptg dia bersama kawannya ingin menikmati makan tengahari di luar kampusnya.
Setibanya mereka gerai berhampiran kolej tersebut, maka mereka telah didatangi oleh sebuah keluarga yang di ketuai oleh seorang lelaki, umurnya sekitar 40an, perwatakan yang sederhana, mempunyai seramai tujuh orang anak dan seorang bini.
Hendak dijadikan cerita, maka lelaki tersebut menceritakan episod sedih(modus operandi) yang terjadi dalam hidupnya kepada mereka berdua ini tentang:
- kisah hidupnya.
- masalah yang dihadapi seperti kereta rosak, anaknya yang mengidap sakit misteri, kena tipu dengan anak saudaranya sendiri, oleh sebab itu juga dia jatuh miskin dan tiada langsung duit untuk mengubati anaknya, membaiki keretanya yang rosak, makan pun tak boleh…
Dengan penuh kasihan dek terkena pujukan lelaki tersebut, boleh dikatakan anak saudaraku ini termakan pujukan, rayuan, kasihankan dan memberi pertolongan kepada keluarga ini.
Pada mulanya mereka ini ingin tolong sekadar yang termampu sahaja seperti apa yang ada dompet. Oleh kerana lelaki tersebut mengatakan yang pertolongan tersebut amatlah tidak memadai bagi diri dan keluarganya.
Permintaannya itu diterima oleh mereka memandangkan terlalu sedih dan kasihan melihat masalah yang menimpa keluarga tersebut dan aset semasa yang masih ada ialah dua buah telefon bimbit jenama Nokia 3310 dan N70.
”Nak jual 3310 berapa sangatla yang dapat,ntah2 kedaipun tak nak amik,” detik hatinya. Oleh yang demikian maka terbukalah hatinya untuk menjual N70 yang di beli olehnya hasil pendapatan kerjanya semasa menunggu panggilan sambung belajar.
“Saya tolong abang ni sebab kita sesama Islam,” katanya dengan nada ikhlas sambil melihat gelagat anak lelaki tersebut yang hanya mengigit plastik.
”Baiklah, lagipun adik ni masih belajar lagi dan abang berjanji akan pulangkan semula,” balas lelaki tersebut yang mungkin gelak besar dan inilah mangsa yang tak terkira agaknyalah.
Apa lagi, mereka berdua ni hidupkan enjin motorsikal terus menuju ke pusat bandar lebih kurang 10km dari kolej tersebut. Kali pertama mereka ke Komplek Teruntum menanyakan harga h/p tersebut sekitar Rm2oo lebih. “Tak boleh ni, murah sangat,”katanya. Kali kedua pergi ke Kuantan Parade dapatlah mereka ini menjual dengan harga Rm330.
Mereka kembali semula menemui keluarga tersebut di Masjid yang berada di sekitar kampus berkenaan. Kepercayaan seperti dijanjikan oleh lelaki tersebut akan memulangkannya kembali pada keesokan harinya (Jumaat/6 Jun 2008) selepas solat Jumaat. Sebagai ganti lelaki tersebut memberikan salinan potostat i/c kepada mereka berdua(ya atau tidak kepunyaannya).
“Abang akan pulangkan semula. percayalah dik kalau tidak abang akan dilaknat,” sampai macam itu sekali kata lelaki tersebut dengan janji manisnya.
“Oklah, saya tolong ni ikhlas,” katanya.
Maka hasil penjualan h/p tersebut sebanyak Rm300 diberikan kepada lelaki tersebut supaya ‘penipuannya’ itu dapat diselesaikan dengan seberapa segera.
Sudah dapat apa yang dihajati, lelaki tersebut ingin pulang dan mahu mendapatkan sebuah teksi dan kemudiannya beredar dengan penuh perasaan yang begitu gembira.
Menjelang tengah malam barulah mereka berdua ini terfikir samada mahu percaya atau tidak dengan janji manis lelaki tersebut yang mahu memulangkan semula apa yang dijanjikan. Hanya doa dan bacaan Surah Yasin dapat menenangkan hati mereka ini.(faham ajerlah masih belajar Rm300 tu begitu bermakna).
*tengah malam baru mereka sedar bahawa akan ditipu.(kena pukaula tu kan?)
Keesokannya sebelum solat jumaat lelaki tersebut ada menelefon mereka dan menjanjikan selepas solat jumaat supaya berjumpa dengannya untuk memulangkan kembali pinjamannya. Hingga ke waktu Asar mereka menunggu lelaki tersebut tiada satu bayangpun yang menjelma.
” Memang kena tipulah kita ni,” dengan geramnya….
Keeseokannya setelah mendengar pendapat dari ahli keluarga yang kebetulannya kami semua berada di Kuantan untuk kenduri kesyukuran menasihatkan agar mereka membuat laporan di Balai Polis yang berhampiran.
Apa yang diharapkan:
-
pulangkanlah seperti yang dijanjikan.
-
pihak berkenaan berjaya menangkap lelaki durjana ini.
Moralnya:
-
Jangan mudah terpedaya sekiranya terjadi hal seperti yang demikian.
-
Sedarlah bahawa anda sebenarnya berada di ‘zon’ penipuan.
Antara tempat yang sering terjadi kejadian seperti ini:
-
Stesen bas.
-
Gerai makan.
-
Perkarangan masjid.
Modus operandi mereka:
-
Tiada wang untuk pulang/ubat-ubatan.
-
Pinta kasihan.
-
kena tipu dengan orang lain.
-
janji manis untuk pulangkan semula.
-
buat-buat sakit.
Sekiranya berlaku kes seperti ini:
-
Cadangkan supaya mereka pergi ke tempat seperti Balai Polis atau Kebajikan Masyarakat.
-
Anda juga tiada wang.
-
Jangan layan langsung mereka ini(Buat tak tahu jer).
-
Bersedia dengan ayat-ayat amalan seperti Ayat Kursi dan 4 Qul. Semoga dapat elak dan sedar dari dipukau.
Pesan orang tua “Buat baik biarlah berpada-pada, buat jahat jangan sekali”.
Sekiranya ada cerita dan cadangan daripada anda, hantarkan ke ruangan komen dibawah. Sekian
Isu dipukau begini memang selalu didengar. Pengalaman seorang teman yg berlaku pada emaknya sendiri. Tiba2 pergi bank, keluarkan RM30,000 dan menyerahkannya kepada pemangsa tanpa banyak soal. Bila dah petang, baru sedar – dah dipukau.
Kesimpulannya, kalau anda berada dlm situasi begini – ignore sahaja org2 begini. Atau kalau berani, menjerit kuat2 tarik perhatian org lain. Hey, ternyata berkesan.
lukman:banyaknya!!…dapatla rezeki haram si pemukau tu…ishk3.kalau perempuan agak sesuai..tapi lelaki mcm mana yer?hehehe..
salam.. pakcu..emad ke yg kene ni? astagfirullah.. knp la die percaye sangt ek? mcm2 zaman sekarang ni..ckp kt emad, bnyk2 la bersabar yea.. ade hikmahnye di sebalin kejadian ni..
salam.. pakcu..emad ke yg kene ni? astagfirullah.. knp la die percaye sangt ek? mcm2 zaman sekarang ni..ckp kt emad, bnyk2 la bersabar yea.. ade hikmahnye di sebalin kejadian ni..
wslm…yup..sepupu awak tula.sape lg weh..kali pertama terkena.kali kedua beringat-ingatlah yer..
ha kalu nak tau,koi la owang nye..
nak wat gone??dah nak kene..sabor jela weh…
smoga menjadi pedoman pada `aok mer seme…
sesape y simpati,sila tepon koi,bg la sedikit semangat dan sumbangan utk beli N70…huhu
acronym