Kenaikan harga minyak hari ini menyebabkan hampir semua stesen minyak sesak sebelum jam 12 malam tadi.
Aku tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menyesakkan lagi keadaan semalam. Tapi rasa sedikit tidak puas hati dengan sikap ‘orang kita’ yang tidak mempunyai sikap intergriti.
- bayangkan orang lain ‘Q’ hampir setengah jam menunggu giliran untuk mengisi minyak diaorang dengan senang hati memotong Q dengan penuh rasa tidak bersalah. Sudahlah kalau tengok sekali imbas muka masing2 orang yang terpelajar dan mempunyai sahsiah. Patutnya awak dah termasuk golongon veteran tu sedarlah diri sikit…
- oleh kerana masing-masing nak isi minyak sepenuh-penuhnya, ada juga yang membazir. apa tidaknya, katakan nak isi RM50…Isi punya isi tangki dapat memenuhi permintaan sebanyak RM45shj…nak tak nak baki yang tinggal RM5 tu terpaksalah tekan lagi nozel sampai membuak-buak minyak terkeluar mengalir dengan banyaknya.
Cadangan aku bila terjadi hal yang demikian…
- hormati orang lain dan fikirlah untuk kepentingan bersama. Jangan mahu pentingkan diri sendiri. Awak bukannnya orang yang tidak belajar sivik.
- baki yang ada tinggal tu, apa salahnya tinggalkan pada orang belakang. Berapa baki yang tinggal tu bayarlah pada orang tu….
Apapun, kenaikan harga minyak ini memang tetap dirasai oleh semua pihak. Aku bersyukur kerana menjadi rakyat Malaysia. Jika hendak dibandingkan dengan negara luar, minyak mereka ‘bapoklah’ mahalnya. Masa pergi Kemboja hari tu pun minyak mereka 1 dolar (RM3.27). Tapi ada juga kebanyakan negara pengeluar minyak mereka murah2 jekan…
Terdengar juga adalah seorang sahabat ini mengatakan “kalau macam tu sewa lori kena naiklah macam ini”.
Apa yang diharapkan pihak berkenaan perlulah memantau kemungkinan apa-apa jenis barang keperluan yang akan turut naik juga selepas ini.