Giliran Scholes pula dianggap sebagai adiwira United
Manchester United – Rembatan kencang pemain tengah MU, Paul Scholes membawa MU ke perlawanan akhir setelah menang dengan Barcelona agregat 1-0 separuh akhir kedua Liga Juara-Juara awal pagi semalam di Old Trafford.
Gol menakjubkan pada minit ke 14 itu apabila bola dirembat deras oleh Scholes melencong masuk terus ke penjuru gawang menewaskan penjaga gol Victor Valdes. Persembahan menarik dan jaringan cantik membabitkan kedua-dua kelab Eropah ini kekal hingga minit akhir perlawanan.
“Ia gol yang menakjubkan.”
“Dia melalui daripada peringkat bawah di sini dan salah seorang pemain terkemuka yang dimiliki kelab in”. Jelas Ferguson mengenai anak buahnya.
Baca lanjut di sini.
Manchester United yang mempunyai kelebihan bermain di tempat sendiri, semangat serta ingin mengejar dua kejuaraan berganda iaitu Liga Juara-Juara dan Liga Pedana Inggeris merupakan factor utama kemenangan mereka.
Sementara itu, Chelsea menewaskan Liverpool di Stamford Bridge awal pagi tadi dengan jaringan 3-2 membolehkan mereka sekali lagi bertemu dengan Manchester United yang kalah di perlawanan peringkat EPL minggu lalu.
Semangat Manchester United adalah ingin mengejar dua gelaran. Kekalahan dengan Chelsea sebelum ini menyemarakkan lagi api membara kemenangan dengan jolokan The Red Devils.
Bagaimanapun Chelsea(Avram Grant) ingin membuktikan bahawa mereka juga mesti membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala untuk Abraham Movic iaitu kelab kepunyaannya iaitu The Blues.