Rabu dan Khamis ini bakal menentukan siapa yang layak untuk ke perlawanan akhir merebut piala rebutan kelab ternama di Eropah.
Liverpool akan bertandang ke Stamford Bridge untuk bertemu dengan kelab kedua dalam Liga Perdana Inggeris iaitu Chelsea. Sementara Manchester United menanti kunjungan kelab Sepanyol iaitu Barcelona di Old Trafford.
Menurut akhbar tempatan melaporkan dua kelab pilihan yang layak ke perlawanan akhir adalah kelab Chelsea dan Manchester United memandangkan mereka mempunyai kelebihan masing-masing.
Faktor bermain di tempat sendiri juga boleh mengubah corak permainan kelab yang menanti kehadiran pasukan pelawat.
Perlawanan pusingan pertama sebelum ini menyaksikan keempat-empat kelab ini terikat keputusan seri (Barca 0-Manu 0). (Liv 1-Chel 1)
Baca lanjut disini.
Apa kata anda? Siapa Layak untuk ke perlawanan akhir di Moscow 25 Mei ini nanti?