Gejala sosial seperti lumba haram, berpeleseran, minum arak, hisap dadah dan yang terbaru ialah buli siber* semakin menular dikalangan remaja melayu. Apa yang dikesali masalah ini terjadi terhadap orang melayu dan kenapa ianya terjadi terhadap orang Melayu. Semua ini boleh mendatangkan kerosakan ke dalam pemikiran, keruntuhan akhlak dan mendatangkan masalah kepada pelbagai pihak.
Pelbagai pihak memainkan peranan masing-masing. Sebagai contoh pihak polis pula terpaksa merempit dengan Mat Rempit. Adakalanya bila ditegur lain pula jadinya. Rasa hormat sudah tiada dan berani tidak bertempat. Ibubapa dan guru-guru dengan peranan mereka menasihati anak-anak dan pelajarnya, mahu dirotan semuanya sudah bergelar remaja dewasa. Pihak kerajaan mengatur pelbagai langkah untuk mengelak dari gejala ini berleluasa.
Pada masa kecil dahulu permainan tradisional menjadi rutin harian selepas pulang sekolah sebagai contoh basikal tua jadi mainan, berlumba-lumba dengan rakan-rakan hanya ditarik dengan daun upih keliling kampung, batu seremban, ting-ting dan macam-macam lagi. Kalau hendak pergi mengaji dengan Pak Imam di surau, baru dengar suara sahaja sudah takut . Kalau buat silap kena marah bukan dengan ibu bapa masing-masing akan tetapi jiran tetangga.
Namun, hari ini keadaan sudah berubah, kanak-kanak tidak lagi bermain seperti itu. Hari ini mereka berada di depan bermain komputer, menghadap televisyen menonton rancangan dari pagi sampai malam, adakah kerana provokasi atau slogan ‘dunia tanpa batasan’, mereka boleh lakukan apa sahaja. Ibubapa mahu menyaman pihak sekolah kerana tidak percaya anaknya melakukan perkara diluar jangkaan mereka. Pihak sekolah sudah tiada kuasa untuk membenarkan yang salah. Ibu bapa tidak boleh menerima orang lain memberi teguran kepada anak-anak mereka. Adakah ini merupakan punca gejala sosial yang berlaku sekarang?
Antara langkah penyelesaian adalah dengan adanya ilmu pengetahuan. Sekinya ada ilmu sahaja tidak berguna melainkan ada pengetahuan tentang apa yang telah dipelajari dan diperaktikkan.
* Buli Siber adalah perlakuan anti-sosial secara online dan ianya satu masalah besar yang patut di’bendung. Ini kerana buli menyebabkan seseorang berasa terluka, sakit hati malu, takut, sunyi, terasing dan sedih. Pembuli siber menggunakan pelbagai cara untuk membuli antaranya menggunakan SMS, e-mel, blog atau laman web untuk mengganggu, mengancam dan memalukan seseorang.
1.http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=1025&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_02.htm
2. http://mohdhafifi.blogspot.com/2007/12/buli-siber.html
###to be continue…
Salam,
Congrats, good start. Teruskan memaparkan pos anda utk masa2 akan datang. Tq.