Feeds:
Kiriman
Komentar

Pengantin 1 :   Helo, jemputla datang rumah ahad ni.

Pengantin 2 : Helo, bro, tak sempatla nak hantar kad, jemput ye datang rumah.

Pengantin 3 : Akum, jemput dtg rumah Ahad ni.

Pengantin 4 : Man, ko jadi Pengapit aku yer esok.

  Dari keempat-empat jemputan ini, semuanya jatuh pada hari Ahad. Satu sahaja dapat kuhadiri kerana saudara yg kahwin dan satu kampung plak. Kepada Pengantin 1,2 dan 3 maaf kerana tidak dapat hadir.

  Bila dah jadi pengapit, macam2 cerita dengar. “Ha, pasni ko la plak yer,” celah kawan. “Biasanya, jadi pengapit ni da tak lama,” kata sahabat. “Ntahla, ada rezeki cepatla, klu takde lambat la,” jawabku.

  Kepada Hasanol n Ijah, Liza & Rusdy, Syairuz & Haida, Emi dan Mas/Khalid & Siti . Selamat Pengantin Baru dan Semoga Berbahagia hendaknya.

     * Majlis Kenduri Kahwin Khalid & Siti / Emi & Mas (Menyambut Menantu)

Penat jugak pegang payung

Penat jugak pegang payung

 Haha 

   Jumaat ini dan hujung bulan Jun ada dua lagi jemputan. Bulan Kahwin. Huh..

Dari bulan ke minggu, dari minggu ke hari dan kini sudah seminggu aku menamatkan tempoh latihan industri/amali hampir enam bulan di Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pada hari pertama melangkah ke Bahagian ini, hati dan perasaan merasakan sesuatu sentuhan anjakan paradigma  dalam diri untuk memberi atau mencurahkan  bekalan yang ada untuk dipraktikkan di sini.

Teruskan pembacaan »

Earth Hour

Earth Hour

 

Gambar dari Yahoo! Image

Aku nak jadi apa?

Malam tadi tidak dapat melelapkan mata memikirkan apakah yang perlu dibuat selepas tamat pengajian setelah hampir 6 + 5 + 3 + 4 = 18 tahun ‘bergelumang’ dengan mentelaah pelajaran. Aku nak jadi apa ni?

Ku cuba pejam mata, tapi tak terlena kerana masih memikirkan keadaan di masa hadapan kerana tidak tahu untung nasibnya tentang kelebihan atau kekurangan yang dianugerahkan olehnya kepada diri ini.

Teruskan pembacaan »

Kajian Ilmiah

   Setelah menempuhi halangan dan rintanga(kekangan masa dsb) dalam menyiapkan , kajian ilmiah yang bertajuk Analisis Buku Teks Bahasa Arab Tinggi Tingkatan 5  /  تحليل كتاب اللغة العربيةالعالية للسنة الخامسةhampir siap sepenuhnya. (98/100).

Teruskan pembacaan »

Tahniah diucapkan kepada semua warga terlibat dalam usaha membangunkan laman web interaktif  radio USIM  yang boleh dilayari secara online (Pelajar Kursus Komunikasi Penyiaran) dan menerbitkan majalah yang diberi nama CETUS (Pelajar Kursus Kewartawanan).

Teruskan pembacaan »

Pacak payung

“Kalau berniaga ‘macam ini’, ko kena selamba je biar apa orang kata ko pacak je payung kat sini,” kata pelanggan yang sudah punya pengalaman seperti ini.

Teruskan pembacaan »

“Adakah mungkin ini rancangan ’nya’ sebelum  berundur 20 Januari ini”. ? aku bertanya.

Teruskan pembacaan »

“Tindakan itu merupakan satu penghinaan terhadap seluruh umat Islam,’’ kata seorang penduduk, Iyad Akram.

Persoalan yang selalu bermain di fikiran.

  • Siapakah Pengganas?
  • Siapakah Pelampau?
  • Tak cukup lagi dengan 80% bumi Palestin yang sudah dimiliki?
  • Sampai bila?

Apa yang perlu saya atau kita buat?

  • Berdoa kepada Allah SWT. (Ya Allah Selamatkanlah muslimin dan muslimat yang berada di Bumi Palestin dari cengkaman, gangguan, serangan dan kezaliman yang dilakukan terhadap mereka)..Ameen

Petikan kata-kata di atas, dari berita dalam Utusan Malaysia Online.

Ada komen dan cadangan lain, sila ke ruangan komen di bawah.

DOKUMENTARI Alexander Bukan Zulkarnainmengupas kekeliruan yang selama ini dipegang oleh masyarakat Islam terutama di Asia Timur dan Selatan.

Teruskan pembacaan »

Media Arab meragui kejujuran profesor Israel

HAIFA: Ramai di kalangan pengguna internet yang mungkin tidak menyedari kewujudan satu laman web didakwa mengetengahkan kemurnian kitab suci-al-Quran, tetapi anehnya, dikendalikan oleh seorang profesor warga Israel dan anak muridnya.

Kehadiran laman web ‘quranet.net’ itu tidak disenangi media Arab yang menggesa umat Islam supaya berhati-hati dengan kandungannya biarpun ia mendakwa kewujudannya bagi mempromosi ajaran sebenar al-Quran sedangkan ia mungkin memenuhi kepentingan Israel.

Malah, sebaik seseorang membukanya, laman web berwarna hijau putih itu dengan gambar beberapa ahli akademik didakwa Muslim, diselang seli pula dengan foto Menteri Pendidikan Israel, Yuli Tamir.

Nama Profesor Yahudi terbabit, Ofer Grosbard, tertera di sudut kirinya, tetapi tanpa wajah dan butir peribadinya juga tidak disiarkan.

“Kami cuma mahu mengubah amalan umum supaya al-Quran menjadi satu bahan rujukan yang berguna kepada semua pihak dan supaya sesiapa pun boleh mendapatkan jawapan bagi permasalahan psikologi dan pendidikan moden, mengikut apa yang diajar al-Quran,” kata Grosbard.

Beliau adalah Profesor Fakulti Pendidikan Arab, Universiti Haifa dan pandangannya itu dipetik stesen penyiaran Cable News Network (CNN).

“Quranet hanya mahu menunjukkan keindahan al-Quran. Tambahan lagi, ada 1.5 bilion orang Islam di seluruh dunia,” kata Grosbard yang percaya mesej positif suci umat Islam itu dikaburkan golongan fundamentalis yang didakwanya mewajarkan keganasan.

Laman web itu menggunakan bahasa Inggeris biarpun diselang seli dengan bahasa Arab dan Hebrew. – Agensi

Sumber berita : Berita Harian 8 Disember 2008

Apa kata anda?

Mesir, tunggu..

   Mesir, tunggu..Semangat, keinginan dan keazaman untuk pergi ke Mesir pada 10 Disember 2008 hingga 7 Januari 2009 ini tidak kesampaian.
   Telefon ‘mushrif’ dia cakap tak boleh. Ini kerana aku masih dalam latihan industri..Argh..mungkin lain kali ada lagi peluang untuk ke sana. 
   Nak ke sana sangat tu, ada Ustazah tempat praktikal tu dia ‘offer’ sbb satu lagi tempat kosong untuk join bersama pelajar UM.
   Sememangnya sebelum ini, jika ada peluang seperti ingin juga mengikuti Kursus Bahasa Arab di sana.
Berserah kepadaNYA, mungkin ada peluang yang lain. Insyaallah.

Bulan tersenyum

   SUBHANALLAH…..Melihat satu keajaiban, betapa cantik dan indahnya apa yang dipertontonkan oleh Allah S.W.T kpd hambanya…

  Luar biasa. Kelihatan bulan sabit dan planet Musytari serta Zuhrah menyerupai muka orang tersenyum atau bulan 'senyum' yang boleh kelihatan bermula kira-kira jam 8 malam tadi. Kejadian luar biasa astronomi itu berlaku  lima tahun sekali turut menarik perhatian ramai rakyat negara ini yang menyebarkan berita bulan 'senyum' itu menerusi khidmat pesanan ringkas.

Keajaiban bulan ’senyum’: Luar biasa. Kelihatan bulan sabit dan planet Musytari serta Zuhrah menyerupai muka orang tersenyum atau bulan ’senyum’ yang boleh kelihatan bermula kira-kira jam 8 malam tadi. Kejadian luar biasa astronomi itu berlaku lima tahun sekali turut menarik perhatian ramai rakyat negara ini yang menyebarkan berita bulan ’senyum’ itu menerusi khidmat pesanan ringkas.

Gambar dari : http://www.bharian.com.my/Gambar_Pilihan_BH/gambarz_1153/zoom

 

Erm….tunggu jgk muncul semasa perjalanan dari Karak-Nilai mlm tadi, tapi tak muncul2 dah sbb tak dpt tgk dengan mata kepala sendiri..

   Banyak dengar cakap orang dan dalam tv pun (ada siaran) banyak dengar pendapat atau cadangan orang kalau nak jimat minyak perlu:

  1. tak boleh tekan nozel berterusan sebab kalau buat macam tu bukan minyak yang keluar tapi angin yang banyak keluar.
  2. isi minyak pada waktu malam sebab minyak waktu itu berada di tahap ‘ok’.kalau isi tengahari menyebabkan minyak itu ‘cair’. *

   Betul ker? 

   Ada juga beberapa cadangan (fakta atau tidak *) lain tip untuk jimat minyak ini dan bila di fikir secara logik memang betul:

  1. Jangan tekan pedal secara mendadak(serta-merta).
  2. Baik buka ‘aircond’ dari turunkan tingkap cermin sisi, kerana kalau buka angin masuk dalam kereta dan ianya akan menghalang kelajuan kereta.
  3. Pemeriksaan tayar. sekiranya dalam keadaan stabil, maknanya ok la.
  4. ‘Modified’ kereta.

* Sesiapa kat sini yang tahu dan ianya fakta yang mengatakan demikian dan bukan hanya sekadar mendengar dari mulut ke mulut (‘outa’). Bukan apa ‘musykil’.

    Kalau hanya ‘outa’ itu terpulang kepada budi-bicara kita semua….Dengan pendapat, sesiapapun boleh mempersoalkannya. Tapi fakta….

   Ada juga dengar borak dengan geng2 veteran ni..

Veteran  : Alah minyak ni jap2 naik, jap2 lagi turun..tak percaya tengoklah.

Saya       : Kenapa plak..?

Veteran  : Yelah..kalau kita isi minyak tu naiklah…kalau jalan, pastu turunla.

   Kedua-duanya pasukan pilihan..

Malaysia (5) vs Vietnam (6)…..kalah penalti.

Everton (1) vs Man U (1)…..

No comment…..

Kiriman-Kiriman Sebelumnya »